
|
sweet owner Assalamualaikum . Hii . SyafinasZainol. 18. God have a good plan. Trust only one! Credits!
| Bercinta. Assalamualaikum semua. Mari hari ini kita kongsi pengalaman BERCINTA? Anda pernah BERCINTA? mesti setiap manusia pernah bercinta dan pernah jatuh cinta. Begitu juga dengan aku. Setiap manusia tak akan boleh lari dari perasaan begini. Macam mana rasa manisnya masa BERCINTA? Wahh! Indahnya rasa kan. Macam dunia ni kita yang punya. Syaitan gelak ketawa bila tengok kita BERCINTA. Bagus ka bercinta ni atau sebaliknya? Okay for me tak salah kalau nak bercinta tapi mesti berlandaskan ISLAM. Paling penting jangan pernah bersentuhan tanpa lapik. Ini sememangnya umum and semua orang tahu kan. Aurat juga kena jaga! Kekasih kita bukan muhrim so sahsah dia tak boleh tengok aurat kita LANGSUNG! Sebagai perempuan yang berclass mesti kena jaga semua batasan ini! Maybe aku juga pernah buat salah dan silap. Tapi alhamdulillah sekarang aku dah rasa matang dan boleh fikir ke depan. Memang tak dinafikan rasa bahagia gembira masa bercinta. Lupa habis segalanya dan pentingkan kekasih! Eh menyesal? -_- aku langsung tak pernah menyesal pernah bercinta. Sebab apa? Aku banyak dapat pengajaran sebelum ini. Sekarang aku masih bercinta? Alhamdulillah masih . Tapi biar aku pendam semua cinta ini dan berdoa untuk masa depan kalau betul dia jodoh aku. Kalau bukan insyaAllah suatu hari nanti Allah S.W.T akan pertemukan aku dengan orang yang lebih baik. Kita manusia biasa tidak tahu masa depan kita macam mana kan. So apa kita boleh buat? BERDOA DAN TERUS BERDOA! JANGAN PUTUS ASA KERANA ALLAH S.W.T PALING TAK SUKA HAMBANYA BERPUTUS ASA! JANGAN MENGELUH BILA DAPAT DUGAAN! JANGAN MEMBALAS APABILA ADA MANUSIA LAIN YANG BENCI DENGAN KELEBIHAN KITA! Kalau ada orang tanya aku pernah dikecewakan oleh kekasih? PERNAH! bukan sekali bukan dua kali. Tapi berkali-kali. Mungkin sebelum ini peragai aku maybe teruk juga -_- tapi alhamdulillah Allah bagi peluang untuk aku mengubah. Rasa bersyukur sangat. Aku banyak main dengan lelaki ka? Ini tiada jawapan hahahaha. Mungkin juga. Tapi semenjak umur 16 tahun aku nampak perubahan dalam hidup aku. sangat ketara. Aku cuma setia pada yang satu ja. Sebelum ini mungkin banyak juga hahaha. Tak dinafikan itu. Okay T.T apabila aku dah jumpa seseorang yang betul-betul boleh masuk dengan aku. Maksud aku yang sekepala dan jaga semua batas pergaulan. tapi aku dikewakan ka? Mungkin ya dan mungkin tidak. Aku taktahu. Satu ja yang aku tahu kalau dia betul-betul sayang dan cintakan aku dia akan berdoa setiap kali lepas sembahyang dan setiap malam.Peritkan bila dikecewakan? Memang sangat . sakit perit menderita semua ada. Tapi sampai bila kita nak seksa diri kita bila dikecewakan. PEREMPUAN! Dengar sini! Kalau nak jadi perempuan yang berclass jangan lingan lelaki! Jangan tunjuk betapa sedihnya kita bila dikecewakan! Jangan menitiskan air mata depan lelaki! Memang la ada juga orang kata lelaki tak boleh tengok perempuan menangis lepas tu hati dia akan lembut. Tapi perlu ka kita nak terhegeh-hegeh dekat orang yang pernah buat kita menangis? Perlu ka? Perempuan mungkin tak kuat macam lelaki tetapi perempuan tabah. Perempuan selalu berlakon dia happy sangat gelak sana sini tapi kenyataan? Ini cuma lakonan tetapi hati rasa perit sangat sangat kan. Begini lah aku. Masa aku betul-betul dikecewakan YA ALLAH! Tiada sapa tahu sakitnya aku tapi bila difikirkan balik perjalanan hidup masih panjang. Mungkin sekarang dia bukan untuk aku tapi lagi 7 8 tahun? Kita taktahu. Sekarang ini aku nak berfikir matang. Adakah aku akan bercinta lagi? TIDAK! Kalau dia datang balik dengan aku? DATANGLAH BILA DAH BERSEDIA NAK JADI YANG HALAL UNTUK AKU. Macam mana agaknya perhubungan kami sekarang? Aku masih buat pertalian dengan dia. Tapi pertalian dalam doa. Alhamdulillah tidak pernah ada ayat putus asa dalam hidup aku. Aku seorang wanita yang tabah dan selalu nak bergembira. Sampai sekarang memang tidak dinafikan aku masih sayang! masih cinta! tapi biarkan semua terkubur dalam hati aku. Aku memang tidak akan membuang semua kenangan yang kita bina. Biar semuanya jadi kenangan sampai bila-bila. Ya! Aku masih simpan segalanya. Kadang kala terdetik dekat hati nak hapuskan semua. Tapi JANGAN! Dia pernah buat kita rasa gembira. Biar simpankan semuanya. Apabila aku dah jumpa dengan seseorang yang betul-betul ikhlas. InsyaAllah baru aku nak hapuskan semuanya. Tidak kira lah berapa tahun lagi pun aku nak simpan semua kenangan ini. Tapi biarkan. Aku tak pernah menyesal tetapi agak sedih bila kita nak bermasam muka.Aku bukan orang jenis nak berdendam nak membenci. Susah bagi aku tapi bila aku dah betul-betul membenci. Aku memang akan terus membenci. Sampai sekarang aku masih OKAY dengan semua ex aku. Kami berkawan bersembang dan msih membalas senyuman. Okay la tu kan. Lepas ni memang hati aku kan tertutup terus. Kalau ada yang nak buka satu ja aku minta. First sekali minta izin family dulu sebelum nak berkawan dengan aku. Kalau dah dapat keizinan baru datang jumpa family aku. Ada orang nak buat macam ni? ADA! Kalau seseorang itu betul-betul ikhlas dengan kita. Aku masih berharap dan terus berharap dan terus berdoa. Ya Allah! Bimbinglah hambamu yang lemah ini. Elakkan syaitan merasuk hambaMu ini. Amin! Aku cuma nak jadi perempuan yang berclass. Aku takan membalas sesiapa yang akan kutuk aku yang bagi aku jatuh. Bagi aku semua orang tak sempurna dan orang yang asyik nak mengutuk orang lain ini tidak berclass langsung! Kalau kita membalas kita sama seperti mereka. Jangan peduli apa orang yang kata. Kita kena percaya diri! Benda yang kita buat adalah yang TERBAIK! Aku nak berubah tapi syaitan selalu merasuk aku. Mungkin juga lepas ini aku akan lakukan perkara yang sama. tetapi sesiapa tolong ingatkan aku okay! Sekarang aku dah bangkit dan terima realiti hidup. Sekarang aku ada kawan-kawan dan tak pernah terdetik hati nak bercinta dengan kawan sendiri lagi :') Tapi kalau ada dalam kalangan kawan aku yang akan menjadi jodoh aku. Aku terima. Semoga Allah S.W.T makbulkan doa aku dan memberi aku peluang nak berubah. InsyaAllah aku akan mencuba. Doa-doakan yea. Aku juga minta Allah S.W.T rapatkan balik persahabatan kami yang dulu. InsyaAllah. Aku cuma nak ikatan persahabatan akan terus terjalin selamanya. Tidak kira lelaki ataupun perempuan. Maaf ini cuma pendapat aku. Kalau ada yang tak setuju tolong abaikan. Setiap manusia ada citarasa sendiri kan. Jangan mengutuk dan menjatuhkan orang lain. Sekian.
Jangan menyesal! Ambil semua sebagai iktibar.
|