
|
sweet owner Assalamualaikum . Hii . SyafinasZainol. 18. God have a good plan. Trust only one! Credits!
|
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Kadang-kadang diberi harapan , Kadang-kadang dilupakan.
Kadang-kadang mengembirakan , Kadang-kadang menyakitkan.
Realiti hidup memang macam ni. Percaya atau tidak ia tetap berlaku..Ada yang berbuat baik bila ingin pertolongan ada juga yang berbuat baik bila diperlukan. Tetapi hakikatnya belakang kita kawkaw kena mengumpat..Manusia Manusia Manusia..Luaran lain dalaman lain. Dalaman lain luaran lain. Kalau nak jumpa dalaman dan luaran yang serupa. Memang satu dalam seribu? Mungkin.. Jangan disoalkan dan perkatakan dalaman seseorang itu kalau betul-betul tidak mengenalinya. Jangan dibuat bahan hinaan seolah-seolah sejak lahir sudah mengenalinya cukup mendalam. Jangan juga diperlekehkan luaran seseorang itu seolah-seolah dalaman dia dipenuhi oleh hasutan syaitan. Susah untuk kita mengenali seseorang itu dengan cukup mendalam. Tak mungkin hanya setahun, dua tahun ataupun tiga tahun kita boleh mengenal seseorang itu dengan lebih mendalam. Sampai sekarang aku masih belum jumpa seseorang yang betul-betul mengenali aku cukup mendalam. Mungkin hanya tahu cara dan perwatakan aku. Ada juga yang hanya tahu nama tapi dipura-pura seolah tahu semua kisah silam hidup aku. Aku tak pernah nak puji diri aku ni baik sangat tapi sekurang-kurangnya aku tahu setiap benda yang aku buat ada kebaikan yang tersendiri. Mungkin hari ini kita berbuat baik dengan orang lain. Lain hari orang pula berbuat baik dengan kita. Kadang-kadang aku terfikir nak sangat ada kawan yang betul-betul ada dengan kita waktu susah dan senang. Bila kita ada benda nak cakap nak tanya dengan serta merta diberi pertolangan. Mungkin aku dah jumpa? Mungkin. Ini yang dikatakan sahabat.. Boleh dibuat kawan dan boleh dibuat lawan. Melawaklah sebanyak mana yang boleh pasti tidak dimasukan ke dalam hati. Wahh! Mesti rasa gembira sangat bila dapat jumpa dengan sahabat yang sekepala. Kadang-kadang aku terfikir buat apa nak dengar hinaan orang lain. Buatlah apa yang disuka walaupun benda itu dibenci orang lain. Ini hidup kita jalan cerita kehidupan kita. Kita didunia bukan disuruh mencari musuh sekalipun. Carilah kawan-kawan yang betul faham apa itu erti SAHABAT.Bukannya bila diperlukan gagah nak cari, bila dalam kebosanan baru nak ditanya khabar,bila mahu minta pertolongan baru dicarinya..
Jangan didengarkan hinaan orang kepada kita. Jadi diri kita dan abaikan orang lain.
Peace! I'm the best person around the world. Only me! One in millions.
|